27 July 2016

Cahaya Baru

Bismillah. .

Assalamualaikum semua.  Semoga semua berada dalam keadaan yang baik - baik sahaja.

Post ini saya draft awal setelah publish post sebelum ini. Usai publish post tersebut saya mendapat mesej Whatsapp dari seseorang yang istimewa dalam hidup saya. In sha Allah jika diizinkanNya saya akan coret kisah keperibadian dan ikhsannya pada saya di post lain. Saya sayang beliau lillahita'ala.  Sahabat yang Allah hantarkan untuk tarbiah saya dalam penghijrahan. Cukuplah setakat ini saya perkenalkannya dengan nama Umi.

Kali ini beliau beri ikhsannya lagi dengan info tawaran kursus percuma dalam bidang taska dan pengasuhan. Terasa akan kebenaran ayat-ayat yang sering dikatakan ramai bahawa kebiasaannya orang lain akan lebih nampak potensi diri kita daripada diri kita sendiri.    

Secara jujurnya, bagi pendapat saya bidang taska ini adalah satu bidang yang sangat mencabar dan memerlukan jiwa yang kental, tabah dan kesabaran yang sangat tinggi. Pada awal penglibatan saya dalam Playgroup Alimkids saya sangat teruja dan bersemangat serta seronok dalam mengasuh dan mendidik anak-anak amanah Allah. Saya seorang yang ada sedikit sifat inginkan kesempurnaan (perfectionist). Oleh itu sering ditarbiah secara alami untuk mengubahnya sedikit demi sedikit mengikut masa dan keadaan (^_^). Jadi, harapan (expectation) saya pada anak-anak tersebut agak tinggi dan saya rasa gagal bila anak-anak tersebut tidak mencapainya. Dari situ saya rasa saya tak mampu untuk meneruskan bidang tersebut. Saya juga berpeluang mendengar pengalaman-pengalaman ujian dan cabaran rakan-rakan pengusaha taska sewaktu Kursus Asuhan Perkara (KAP) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ianya menambah lagi turunnya semangat saya.

Namun seiring masa, dengan bantuan Al- Bashiir (Yang Maha Melihat) saya mula nampak dan sedar serta faham sesuatu kini. In sha Allah akan terus mengkaji dan mencari petunjuk serta memulakan sesuatu nanti.

Asbabnya Umi, yang nampak sesuatu dalam diri ini dan sering mendorong ke arah bidang ini. Pelbagai idea, cadangan dan saranan beliau pada saya dipandang sepi. Mungkin juga di waktu-waktu tersebut adalah waktu roda hidup saya di bawah,berdepan pelbagai ujian dan dugaan sebagai tarbiah hidup. Oleh itu tak perasan dan tak sedar jalan yang di tunjuk.

Kini mula terasa cahaya semakin terang dan jalan terbuka semakin luas. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah serta memberkati usaha dan perjalanan ini.

Walau apa pun perancangan kali ini, in sha Allah saya mahu lakukan persediaan secara menyeluruh. Belajar,cukupkan ilmu,mengkaji,merancang dan melaksanakan dengan penuh minat dan semangat, tinggi wibawa serta ikhlas.

Semoga Al-Mujiib (Yang Maha Mengabulkan) mengabulkan doa kita semua.

Aameen ya rabbal alamin. .

No comments:

Post a Comment