07 March 2014

Terima semula apa yang diberi..

Bismillah..

Salam Jumaat yang mulia buat semua..

Syukur di atas segala nikmat pemberian Allah S.W.T.

Syahdu alunan zikir di tv melembutkan hati untuk menghayati nikmat iman yang sedang di cari..

Antara perkara yang boleh membantu meningkatkan keimanan kita ialah dengan membantu orang atau istilah lainnya memberi manfaat kepada orang lain..

Secara sedar atau tidak,sengaja ataupun tidak, dalam hidup bermasyarakat kita tak dapat lari daripada bercampur gaul dengan mereka. Ruang pahala dan dosa turut ada. Rebutlah peluang menambah amal dengan meraih pahala dengan sentiasa berbaik sangka,murah hati dalam pertolongan supaya dapat memberi manfaat kepada mereka dan akhirnya Allah S.W.T Yang Maha Pemurah akan memberi ganjaran syurga buat kita. In sha Allah..

Jazakallahu khayran..

No comments:

Post a Comment