29 November 2016

Think before..

It's been long tak shout out. Rasa kehilangan banyak kata - kata tapi banyak nak di luah.  Takpe.. #siscuba.

Before you speak, THINK!

Memang akhir zaman ni zaman fitnah yang menyeramkan. Bukan setakat lidah malah mata pena, nukilan dan seumpamanya bagai kan pedang- pedang di medan perang.

Alkisahnya hal kecik je kot tapi terpanggil untuk suarakan juga. Sebagai seorang surirumah masa sepenuh masa yang mencuba berniaga secara dropship telah mengiklankan produk yang dijual ke serata alam cyber. Dapat satu komen ingatkan nak beli rupanya komen berbuat condemn iaitu Mahal! Terkejut,terus selidik serata alam cyber lagi. Oh..rupanya ada yang jual murah..semurah harga ejen dan stokis.

Ok, #sisfaham. Yer.. pilihan awak semua dan rezeki lah mana yang boleh dapat harga murah tu tapi satu ihsan yang besar sekiranya awak beli daripada surirumah yang sanggup bersilat berdropship nak dapatkan duit untuk Program Cuti Sekolah anak-anak.

A little effort will give a big difference to other people.

Taknak beli, tak boleh tolong tak payah komen komplen. Itu adalah satu pertolongan yang sangat besar dan bermakna tau!

Pernah terfikir tak orang yang kita kondem tu mungkin ada pelbagai kesukaran atau kedukaan atau  kemurungan yang dilalui? Jangan hanya kerana satu kondem kecil tu akan mematahkan semangat dan menambah kedukaannya.

Respect to earn respect.

Again, please think before anything and everything.

#sismeroyan #sendu

Neelofa Perfume



Neelofa Perfume (30ml)
RM55.00 (exclude pos)
Free Gift




Visit FB Page: De'Parfum for more details.

11 October 2016

Do your part

Amirah

Salam semua. Aku tak ada nak confess apa2 pun. Sekadar nak cerita pasal arwah kawan aku.

Nama dia Amirah. Aku dgn dia memang jauh beza lifestyle. Langit dengan bumi. Amirah ni dadah, rokok, clubbing, pukul orang, ugut orang, ko bagi la kat dia. Aku ni pulak dibesarkan dalam family yg kuat agama. Kami kenal start darjah lima. Sampai tingkatan 3 kami satu sekolah. Memang dia lah bff aku walau berlainan gila. Taktau la kenapa, tp aku rasa dia jujur. Dia tak ckp kasar, biasa je. Dia tak berlagak kuat walaupun aku pernah tgk sendiri dia pukul budak laki sampai lembik.

Masa umur aku 21, aku dpt offer kerja yg best. And aku tinggal menyewa dgn amirah. Setiap hari amirah minum arak. Smoking. Bukan pall mall kotak biru, dia smoke betul punya surya aceh tu. Perokok tegar. Solat tak pernah. Malam jumaat je start bersiap nk pegi clubbing. Aku mula rasa tak best. Maybe sbb dulu aku budak lg, jd tak rasa nak menegur. Bila dah besar tp dia masih macam tu, aku rasa sedih gila. Lama aku dgn amirah jd housemate. Sampai umur 25.

Beberapa bulan sebelum dia meninggal, dia ada ckp kat aku, “Wei, jangan jd mcm aku. Kau, semayang jgn tinggal. Dadah arak rokok semua ni, haram. Kau jgn tayang aurat. Kau jgn buat semua ni”, sambil2 tu tangan dia tgh tunjuk serbuk yg dia tgh sedut..dia gulung duit seringgit nak sedut masuk hidung.

Masa tu, 1st time air mata aku menitik nitik mmg tak berenti utk Amirah. Aku tak tersedu sedu tp air mata aku tak berenti. Aku tau amirah dah high…fly entah jadi unicorn ke apa.. masa tu aku pegang tangan dia, aku kata “sudah lah. Ko kerja hebat. Ko educated. Ko jgn buat dah benda ni. Tlg stop semua ni once and for all.”

Amirah sengih, pegang pipi aku, dia kata “4 tahun serumah doh. 15 tahun kita kenal. Knp skrg baru tegur? Kau nak masuk syurga sorang ye….hahahhahahaha…..” Lepas tu dia tidur. Lama. Esok tu dia tak pergi keje. Aku tgk dia still tidur dekat meja dapur.

Sepanjang aku kerja hari tu, aku betul2 tak tenang. Aku serabut sgt, rasa hati ni dikoyak2. Aku terkesan sgt dgn apa amirah cakap. Betul, lama gila aku kawan dgn dia. Tp aku tak pernah tegur kesilapan dia. Aku tak pernah ajak dia solat. Aku tak pernah halang masa dia amik high heels kat rak kasut utk pergi clubbing. Aku terapkan sikap jgn campur hal org. Tanpa aku sedar sbnrnya aku dah jd kawan yg teruk. Aku nak masuk syurga sorang.

Balik tu, amirah tengah makan megi. Dia nampak bersih dari hari2 biasa. Maksud aku, dia sanggul rambut, pakai tshirt besar and sweatpants. Tak mcm selalu, boxer singlet rambut serabai. Dia ajak aku makan. Dia betul2 biasa. Takde bangkitkan hal semalam. Time tu aku tekad, dia nak kata aku ustazah pun, kata lah. Janji aku nk dia stop semua yg dulu sbb aku syg dia.

Aku ajak dia solat. Of course lah dia gelak je. Aku sorok lighter dia. Dia gelak lagi, and pegi cucuh rokok guna api dapur gas. Aku sengaja bukak channel tanyalah ustaz kuat2, dia sengih masuk bilik pastu pasang lagu cradle of filth dia. Aku tak putus asa. Aku buat hari2.

Tiga hari sebelum amirah meninggal, dia jenguk kepala kat bilik aku. Masa tu aku tengah main sudoku. Dia ajak mandi pool kat bawah. Aku cakap malas sbb dah mandi. Pastu dia kata “jom solat”. Aku buat2 biasa dan jawab aku dah isyak. Dia ajak jugak solat la apa2 pun.

Aku cakap “boleh, jom tido dulu. Nanti aku kejut, kita tahajjud”. Dia cakap ok. Malam tu, kitorang bebetul tahajjud. Bilik asing tapi pintu bukak. Bilik aku bertentangan pintu dgn amirah sbb dia kata depan Allah dia nak sorang2 tp dia taktau solat. So dia ikut je apa aku buat dari sebelah. Last sujud, bapak lama dia sujud. Aku tak tahan mata mengantuk, aku tdur dah. Aku tunggu dekat sejam kot. Dia tak angkat2 kepala.

Esok aku bangun, amirah dah keluar. Aku pelik jugak sbb hari ahad. Takkan dia kerja. Aku keluar nak buang sampah, terjumpa dia tengah keluar lif, bawak breakfast. Lps tu kitorg makan, amirah tanya aku, dia baik tak. Aku cakap boleh lah drpd tak ada. Everything seems normal.. sembang biasa.. amirah tak solat, still smoke and minum beer petang tu. Aku tak tau kenapa aku tahan lg bila dia tak smyg, rokok..mksud aku, aku tahan utk tak marah. Tp bila dia amik beer, aku rasa menggelegak hati. Aku amik beer and baling kat peti ais. Suara aku memang tinggi. Aku sakit hati sgt. Aku mengamuk petang tu. Aku jerkah amirah puas2. Tapi satu ayat dia yg buat aku stop and masuk bilik.

“Lambat sangat kalau ko nk concern mcm ni, babe. Aku tak kuat sorang2.”

Esoknya amirah tak keluar bilik. Aku pergi kerja macam biasa. Tepat 7pm aku sampai rumah. Amirah atas sofa, dengan muka yg sangat pucat dan mulut berbuih. Atas meja penuh dgn’barang masak’ dia. Aku memang lembik lutut. Air mata aku tak keluar tapi hati aku rasa nak pecah. Makan masa utk aku sedar amirah betul2 dah tak ada. Aku jerit. Aku nangis. Aku rasa bercampur baur, marah, tak percaya, sakit hati, kehilangan. Aku call ambulans, and after semua procedure setel (story ni akn jd lg pnjg kalau aku cerita proses hospital, polis, kebumi arwah), aku duduk tepi bilik amirah dgn empty soul.

Hari ni aku last kat rumah ni. Aku dah berenti kerja. Aku nak balik stay dgn fmly. Aku perlu masa nk hadam apa yg jadi. Memandangkn saving aku byk, aku decide utk tinggalkn semuanya kt sini.

Sepanjang aku drive nk balik kmpg, aku berulang2 kali flashback ayat amirah.

“Lambat sangat kalau ko nak concern macam ni, babe. Aku tak kuat sorang2.”

Korang, kalau syg kwn, jgn jd mcm aku. Dan jgn perkecilkan mslh kawan. Jgn jugak lari dr kwn yg nmpk teruk. Diorg perlukan kita. Diorg betul2 nk kita ada. Chiow.

– Fatin

Copy and paste from FB : IIUMC Confession - BM

01 October 2016

Salam Maal Hijrah 1438

Salam Maal Hijrah 1438

Semoga penghijrahan ke arah yang lebih baik serta istiqamah.

Aameen ya rabbal alamin. .

22 September 2016

Detox Your Life

I choose to live life and be happy. 😎

Be positive. Stay positive.  Avoid negative.

20 September 2016

Iklan: Kulsocs (Cool Handsock)

Kulsocs menjual pelbagai design handsock (sarung lengan) pilihan muslimah dalam menjaga aurat. 

Jenis kain yang selesa dan tahan lama. Cantik dan menarik digayakan mengikut pakaian masing-masing.

Dapatkan sekarang!

19 September 2016

Mengenangmu. .

Lumrah hidup..
Patah.. tumbuh..
Hilang.. berganti. .
Hidup. .mati..
Ceria..duka.. Mengenang mereka yang telah pergi dan memikirkan nasib kita yang bakal menyusul nanti.. Semoga pengakhiran hidup kita dalam husnul khotimah. .
Al-Fatihah buat semua yang telah meninggalkan kita bertemu Ilahi.. #feelings #sad #remembering #them #gone #soul