27 July 2016

Santai-santai

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat dari Ilahi. Lamanya tak mencoret di sini. Sayang sangat blog ni sebab banyak kenangan tercoret di sini namun atas sebab penghijrahan banyak coretan telah dibuang demi kebaikan diri dan banyak pihak.

Idea yang banyak di minda meronta-ronta untuk keluar namun seringkali terhalang diatas sebab - sebab tertentu. Usia,masa dan pengalaman yang mematangkan fikiran. Kini dengan izinNya dan bantuanNya sudah mula faham,kenal,mengerti dan tahu untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dari  segi bicara,tutur kata, pemikiran,sikap dan pelbagai lagi.

Namun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki,diubah dan ditambah. Sesungguhnya tiada apa dan tiada siapa yang sempurna.

Hidup adalah proses pembelajaran setiap masa, persediaan menempuh alam abadi.

Buat pembaca yang pernah dan masih mengikuti blog ini. Diucapkan ribuan terima kasih dan saya doakan semoga kita bersama mendapat manfaat yang baik dari setiap pembacaan dan perkongsian.

Selawat dan Salam buat Rasullullah S.A.W..

No comments:

Post a Comment