25 August 2016

Benih Yang Menghasilkan Pahala

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ إِنْسَانٌ أَوْ طَيْرٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةٌ

Dari Anas, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang menanam tanaman atau menabur benih lalu (hasilnya) dimakan oleh manusia, burung atau binatang ternak melainkan hal tersebut menjadi sedekah baginya." (HR Tirmizi No: 1303)

Pengajaran:

1.  Apa sahaja amal kebaikan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah

2.  Muslim yang menanam pokok yang hasilnya di makan oleh orang lain atau oleh binatang akan tetap mendatangkan pahala kepada penanamnya

3.  Apa sahaja sumbangan yang ditinggalkan seorang muslim dan memberi manfaat kepada orang lain termasuk kepada orang bukan Islam juga binatang, ia akan menjadi sedekah buatnya

JOM sumbangkan suatu kebaikan untuk menjadi fixed deposit ganjaran pahala kita yang berterusan hingga  ke  akhirat kelak.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

No comments:

Post a Comment