05 August 2016

Cuci Bersih

Bismillah. .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. .

Aktiviti hujung minggu di mulakan dengan membersihkan sekeliling rumah. Tarbiah rohani daripada Allah S.W.T pada hari ini melalui aktiviti mencuci longkang.

Longkang di bahagian belakang rumah berhampiran dapur merupakan yang paling susah dibersihkan. Ini berikutan saliran daripada sinki dapur yang sentiasa mengalirkan air cucian dan sisa-sisa makanan. Perlu usaha yang lebih keras, bahan pencuci yang lebih berkesan dan tekanan air yang deras untuk membersihkannya. Ini bagi memastikan aliran air tidak tersekat dan melancarkan perjalanan saliran serta mengelakkan daripada sinki tersumbat.  

Begitulah juga dengan hati. Setiap hari yang dilalui pastinya pelbagai perkara yang berlaku. Hati yang berbolak-balik juga pasti akan merasai baik dan buruk. Ada ketika suka, ada kalanya berduka, terkadang marah dan menyimpan geram. Ada masa bersifat belas dan ikhsan. 

Sama seperti saliran yang dilalui pelbagai hasil cucian,sampah dan sisa makanan. Lalu hati haruslah dibersihkan dengan cara beristighfar dan bertaubat serta menyesali perbuatan buruk bagi memastikan ianya hidup dengan cahaya iman, bekal untuk ke alam akhirat.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat kita semua dan semoga kita semua bertemu di jannah. In sha Allah. . Aameen ya rabbal alamin. . 

No comments:

Post a Comment