14 January 2020

Comeback Post (Influenza in Malaysia)

Salam all,

Only if there are still my followers and readers :)

Nowadays majority guna platform social media apps seperti FB, IG and Twitter. Me myself pun sama.. tu yang dah lama tak update blog ni..

Well, after 3 years, I have decided nak berblogging balik tapi santai-santai je la.. bila free dan ada idea atau sharing yang bermanfaat.. Mana menghilang  3 tahun lepas? Kenapa baru sekarang nak aktif balik? Hmm.. untuk cerita 3 tahun lepas kalau nak cerita kat sini boleh jadi sinetron..haha.. Cukup la untuk kalian tahu I was in roller coaster phase that absorbed all my energy, soul and mind.
Untuk jawapan start semula blogging ala membebel sebab datang balik kesedaran bila mati tu kita hanya tinggalkan sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak soleh. So, peninggalan ilmu yang bermanfaat tu adalah salah satu cara yang agak mudah juga untuk dibuat melalui blogging ni. Untuk orang-orang yang sezaman, maybe my sharing tu biasa-biasa je, ramai je tau dan boleh buat tapi untuk zaman generasi baru, manalah tau sedikit sebanyak boleh buat panduan kan.. Mak ni bukanlah cerdik pandai sangat, apa yang I will share here nanti pun perkara-perkara biasa-biasa sahaja dalam kehidupan.. sambil-sambil belajar dan mengingatkan diri sendiri.

Ok, for start, I want to express my feeling and concern for today. Rasa sayu bila dapat berita 'kehilangan' anak-anak disebabkan wabak penyakit. Current major health issue in Malaysia is Influenza. I have three kids, surely risau..lagi pulak yang sulung pernah kena sekali pada tahun 2014. Rasa seriau juga nih. Marilah kita sama-sama ikhtiar dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Sekiranya  terkena juga, ambil langkah rawatan yang disarankan juga. Kat bawah ni I copy paste info-info sharing dari pelbagai sumber untuk rujukan kita bersama..

INFO 1

Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa kes influenza kali ini adalah serius. Kaedah pencegahan adalah dengan mengekalkan kerongkong anda dalam keadaan lembap, jangan biarkan kerongkong anda kering. Oleh itu, jangan biarkan anda dahaga kerana sekali membran di kerongkong anda kering, virus akan menyerang tubuh anda dalam masa 10 minit. Minum 50-80cc air suam, 30-50cc untuk kanak-kanak, mengikut umur.
Setiap kali anda merasakan tekak anda kering, jangan tunggu, teruskan minum air. Jangan minum banyak pada satu masa kerana ia tidak membantu, sebaliknya minum secara kerap supaya tekak anda lembap.
Sehingga akhir Mac, jangan pergi ke tempat-tempat yang sesak, gunakan topeng seperti yang diperlukan terutamanya dalam kereta api atau pengangkutan awam. Elakkan makanan goreng atau pedas & perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin C.

Gejala / Keterangan Simptom adalah seperti berikut :
1. Demam tinggi berulang
2  Batuk berpanjangan selepas demam
3. Kanak-kanak lebih mudah terdedah
4. Dewasa biasanya berasa tidak selesa, sakit kepala dan berkaitan dengan pernafasan
5: Sangat senang berjangkit

Dari JKM Putrajaya....

Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil , ia boleh mendatangkan bahaya

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-simptom Influenza A adalah
- demam dan menggigil
-demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
- sakit kepala dan otot
- sakit tekak dan batuk
- selsema

Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
- SESAK NAFAS
- NAFAS LAJU
- DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN
- KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN
- KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA)

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah
- SAKIT DADA
- SESAK NAFAS
- KEBINGUNGAN
- MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN
- SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA

Rawatan bagi Influenza A adalah
- rehat di rumah
- kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
- makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
- ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

- kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar .

JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH

- tutup mulut ketika bersin dan batuk
- cuci tangan dengan kerap
- jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital
- galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti
- bayi
- kanak-kanak kecil
- warga emas
- wanita hamil
- pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .

Sama-sama kita cegah penularaan untuk kesejahteraan bersamašŸ„°
#LangkahPencegahanAwal.

INFO 2

Sharing ni daripada seorang ibu yang anaknya kena wabak influenza, detik-detik cemas beliau berusaha menyelamatkan anaknya..




 Semoga Allah mengampuni kita semua dan  melindungi kita semua dari wabak penyakit ini. Buat yang diuji dengan wabak ini, semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan segera. Allahumma Aameen..

No comments:

Post a Comment