12 February 2020

Kehilangan yang dirindukan.. pemergian yang dicemburui..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau dikenali sebagai Abam Bocey.

Berita kematiannya mengejutkan semua namun perjalanan terakhirnya di dunia yang fana ini menuju ke destinasi abadi adalah yang paling indah di pandangan diri ini. Walaupun bukan seorang peminat tegar namun kesedihan dan kesayuan turut dirasai.. Membangkitkan satu semangat untuk mengikuti jejak beliau menerusi hashtag trade mark nya #kitabaikramaisayang

Setiap insan yang pernah bertemu dan mendampinginya sangat menyenangi beliau, terkesan dengan sifat-sifat baiknya lalu jatuh sayang tanpa sengaja kepadanya..

Ya Allah, rahmatilah rohnya, tempatkan dia di kalangan hamba-hambaMu yang soleh.. Aameen..

Pesanan buat diri ini, teruslah berbuat baik dan jadi baik demi kelangsungan hidup yang bahagia di negeri abadi kelak.. Begitu juga buat semua yang disayangi, semoga kita bertemu di syurga Allah.. In sha Allah.. Allahumma aameen..

Credit image

No comments:

Post a Comment