30 January 2014

Tahun Baru Cina dalam kenangan..

Melihat kaum cina membuat persiapan sambutan perayaan mereka,menerima ang pow pemberian pesakit di tempat kerjaku ini secara tiba-tiba mengingatkan aku kembali zaman kanak-kanakku dan semestinya watak paling jelas adalah arwah mama.
Arwah mama sangat suka memasak. Dijadikan perayaan-perayaan dalam negara  sebagai tema makanan yang mahu dimasak pada hari tersebut. Kuih muih juga dibuat dan diberi kepada jiran-jiran yang mnyambut perayaan mereka dengan niat mengormati jiran dan bersemangat muhibah. Kami seakan akan menyambut dan merayakan bersama mereka. Bahkan aku, puteri tunggalnya dipakaikan dan dihiaskan mengikut tema juga. (*^_^*)
Sungguh,pada masa itu kami tidak tahu langsung,cetek ilmu agama bahawa tidak dibenarkan dalam Islam untuk meraikan upacara keagamaan mereka.
Kini, sambutan perayaan kaum bukan Islam,kami raikan sebagai hari cuti untuk mengeratkan silaturrahim bersama keluarga (family bonding), tanpa masakan unik arwah mama,namun semangat muhibahnya tetap ku cuba teruskan..
Semoga roh arwah mama diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Buat pembaca,terima kasih sudi membaca dan sudilah mendoakan arwah mama saya Masnah binti Nor yang mengajar dan memupuk semangat pemurah dan silaturrahim ini. Al-fatihah..

2 comments:

Wan said...

Ibu tini mmg pndai msk..sdp2 mskn dia..teringat masa kecik dulu dia buatkan kek ninja turtle..Alfatihah untuk arwah ibu tini :)

Niniekartini said...

Alhamdulillah.. terima kasih Irwan..

Post a Comment