07 February 2014

Airmata syukur di Jumaat yang berkah

Bismillah..

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..

Di pagi Jumaat yang berkah ini ku mendapat berita yang membahagiakan..membuatku tunduk mangalirkan airmata penuh syukur..

Jujurnya ada sekelumit gusar dalam hati apabila ingin meninggalkan kerjaya yang banyak membantu keluarga dari segi ekonomi,ditambah pula dengan pendapat negatif sekeliling yang mengandaikan aku menolak tuah apabila meninggalkan kerjaya ini.

Namun seperti penjelasanku pada post sebelum ini, niatku jelas dan harapanku ku pautkan pada Allah S.W.T. Sesungguhnya dia lah pemberi rezeki. Situasi ini juga menguji keimananku dalam menguatkan keyakinanku pada tuhan yang satu. Perasaan ini rupanya sama dengan Diana Amir dalam salah satu kenangan hidupnya dalam proses penghijrahan beliau. Beliau telah membukukan pengalamannya untuk dikongsi bersama bertajuk Titisan Mahabbah.

Cubaan pertama jualan produk -produk Jamu Susuk Dara (JSD) semalam memberi khabar gembira padaku pagi ini apabila pelangganku meluahkan rasa bahagianya apabila produk tersebut membantunya menambah keintiman bersama suami tercinta. Kupanjatkan syukur dan mendoakan kebahagiaan berterusan buatnya. Kebahagiaannya dikongsi bersama rakan-rakannya lalu mereka juga ingin mencubanya dan membuat tempahan.

Subhanallah..

Itulah yang membuatku merasakan kehebatan dan kasih sayang Allah itu amat tinggi. Keyakinanku makin kuat untuk menepis pandangan negatif yang menilai kesenangan dan kebahagiaan itu melalui nilai wang yang banyak semata. Terbukti sedekah dan silaturrahim adalah lebih dari itu. Dengan izin Allah ku dapat keuntungan wang,kasih sayang dan menambah sahabat..

Alhamdulillah..

Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment