05 February 2014

Diriku bersama ALIMKIDS dan JSD

Bismillah..

Gambar profilku di FB menjadi tanda tanya dan kekeliruan ramai. Terutama sekali tambahan badge JSD di sebelah.

Eh? Bukan ke baru-baru ni post nak buka kelas playgroup ALIMkids? Kenapa tiba-tiba jadi ejen JSD pulak?

(^_^)

Begini..

Tujuan asal berhenti kerja adalah untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Ia juga disebabkan hari cuti hujung minggu di Johor Bahru yang bertukar kepada hari Jumaat dan Ahad menyebabkan percanggahan waktu cuti untuk bersama dan bermesra dengan suami dan anak-anak menjadi terbatas.

Dalam pada mengasuh dan mendidik anak-anak sendiri nanti ku juga ingin berkongsi bersama-sama ibu-ibu yang lain lalu membuat keputusan menjalankan program  Alimkids Playgroup . Secara tak langsung menjadi satu komuniti kecil,menambah dan mengeratkan silaturrahim tuntutan Rasulullah SAW.

Menjadi seorang suri rumahtangga sepenuh masa dan menjalankan aktiviti sebahagian masa nanti juga menuntut diri untuk sentiasa sihat,cergas,ceria dan berpenampilan menarik terutama sekali buat suami tercinta. Usia juga semakin meningkat, antibodi makin berkurangan dan anggota badan mulai 'suram'. Jadi,bagi menjaga kurniaan Allah yang Maha Esa, antara usaha kecil ialah mengambil supplemen tambahan serta merawat diri. Banyak pilihan supplemen zaman ini tetapi pilihanku adalah produk-produk Jamu Susuk Dara (JSD). Ada juga menggunakan produk jenama lain tetapi banyaknya dari JSD lalu membuat keputusan menjadi ejen, itu pun hanya setelah menggunakan produk-produknya lebih kurang setahun,juga dengan niat untuk berkongsi dengan rakan-rakan ibu-ibu komuniti baru nanti. Sambil-sambil dapat juga tambah duit jajan anak-anak. (^_^)

Jadi, harap pada semua telah maklum dan tak keliru ye..

Untuk maklumat Alimkids Playgroup sila email alimkidslarkin@gmail.com atau PM FB Ninie Kartini atau whatsapp 019-6746487

Untuk pertanyaan,pembelian online atau COD produk JSD di kawasan Larkin, Johor Bahru sila PM FB Ninie Kartini atau whatsapp 019-6746487

Semoga usaha kecilku ini dipermudahkan,diberkati dan dirahmati Allah S.W.T serta dapat memberi manfaat buat mereka yang berada di sekelilingku.

Aaminn..

Jazakallahu khayran..

No comments:

Post a Comment