21 February 2014

Nukilan pesanan di Jumaat yang mulia..

Alhamdulillah..

Dipanjangkan umur di Jumaat yang mulia ini. Bersyukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat kurniaanNya. Semoga Allah mengampuni segala dosa yang sengaja dilakukan ataupun tidak.

Dalam menjalani kehidupan yang sementara ini demi meraih syurga tertinggi di alam kekal abadi nanti adalah tidak mudah melainkan dengan bantuan Allah yang Maha Pengasih. Namun dalam kesibukan seringkali teralpa pada DIA yang Maha Esa.

Oleh itu apabila sampai pada waktu kita sujud kepadaNya, tumpukanlah sepenuh jiwa mendekatkan diri denganNya. Sesungguhnya selepas itu nikmat iman yang hadir seakan merasakan diri sentiasa dituntun dan dipimpinNya adalah satu ganjaran paling hebat hadiah dari Allah S.W.T. Jiwa dan akal turut tenang melayari kehidupan yang pelbagai drama ini. In sha Allah takkan mudah tercuit dan terjatuh bila berdepan kesukaran.

Manfaatkan setiap ruang dan peluang yang ada dalam menambah amal kita demi negeri  akhirat yang kekal abadi..

Wallahua'lam..

Pesanan buat diri sendiri dan kita semua..

No comments:

Post a Comment