03 March 2016

Asal kuat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca.  Salam perkenalan buat pembaca baru dan Salam Ukhuwah buat pembaca setia. Agak lama tidak bernukilan di sini disebabkan pelbagai kekangan tanggungjawab lain yang harus diutamakan. Harap semua baik - baik sahaja.. (^_^)

Hidup ibarat roda yang berputar, kadang - kadang di atas dan kadang - kadang di bawah.  Sebagai manusia yang masih terus dikurniakan nikmat untuk hidup bererti Maha Pencipta telah menentukan perjalanan yang terbaik untuk kita.

Oleh itu walau di mana dan bagaimana terletaknya dan keadaan hidup kita, harus diteruskan dengan penuh KESABARAN dan KEKUATAN mental dan fizikal. Tujuannya agar kita bersederhana dan tenang melayari kehidupan yang sementara ini serta tidak melampaui batas yang akan menyebabkan kesusahan dan kebinasaan pada diri sendiri dan orang lain..    

Memetik kata - kata Prof Muhaya "Dalaman kita menentukan luaran kita" membuktikan kebersihan, kejernihan hati dan jiwa adalah tonggak kekuatan kita melayari kehidupan dengan tabah, tenang dan bahagia.

Akhir kata marilah bersama menguatkan semangat yang menjadikan kita kuat dalam meneruskan kehidupan yang singkat ini dengan penuh rasa bahagia..

*gambar sumber Google 

No comments:

Post a Comment