04 March 2016

Program Cuti Sekolah

Salam semua..

Tak lama lagi cuti sekolah. Tiba - tiba teringat kenangan sebagai Teacher Ninie waktu mengadakan program cuti sekolah bersama Akalils Ukhuwah Club (AUC).

Idea AUC ni tercetus di kala baru berhenti kerja dan kebetulan cuti sekolah makin hampir. Memikirkan aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama anak-anak serta terfikir jika dilaksanakan beramai-ramai akan menjadi lebih meriah dan seronok. Masa lapang juga dapat terisi dengan baik. (^_^)

Dapat pula sahabat yang sekepala, melimpah - limpah idea nya yang tersimpan serta di bantu promosi oleh suaminya yang kreatif bidang pengiklanan. Hasilnya, sambutan amat menggalakkan! Kini Intan Nordin dan suaminya Azam mengusahakan Amal Niaga Dotnet dan Warisan Dinamik Selatan di Kuala Lumpur. Klik link untuk maklumat lanjut mereka.

Hajat di hati ingin mengadakan kembali program cuti sekolah tersebut namun terdapat kekangan bantuan tenaga pengajar dan pembantu.

In sha Allah semoga AUC beraksi kembali satu hari nanti.. Cuti sekolah hujung 2016 mungkin??

Manusia punya asa, Allah punya kuasa..

No comments:

Post a Comment