29 July 2016

Oat Derhaka

Bismillah. .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Oat Derhaka nama diberi. Gelaran alaf baru. Hajat asal mahu bersarapan makanan sihat berkhasiat tetapi apabila terpandang bahan-bahan yang bila dipandang secara automatik akan mengecurkan liur ini, terus jari-jemari pantas menghiasi oat yang penuh berkhasiat itu. (^_^)

Saya kurang pasti akan khasiat dan kebaikan sarapan ini secara terperinci mengikut Pakar Nutrisi. Maksud saya, kandungan kalori, protein, lemak dan sebagainya. Secara jujur saya kurang mendalami dan menghayati khasiat makanan, sekadar mengambil ilmu asas piramid makanan sahaja. Alasan nakal saya ialah terlalu banyak untuk di pelajar dan difahami dalam dunia ini dan saya seorang yang tamak untuk mengetahui dan merasai kesemuanya sekali namun kerana kapasiti dan kebolehan akal yang terhad lalu hanya mengambil yang asas sahaja.

Namun saya pasti setiap bahan ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Sama seperti pandangan saya terhadap kehidupan. Setiap yang dijadikan dan yang berlaku mempunyai baik dan buruk. Tugas kita bukan untuk mengadili atau menghakimi tapi untuk mengambil iktibar dan memperbaiki. Ambil dan terima yang baik,perbetulkan salah silap dan elakkan yang buruk daripada berulang.

Berbalik kepada sarapan Oat Derhaka, bahan tambahan pada oat tersebut adalah serbuk kayu manis, cip coklat mini dan badam cincang. Sesuatu yang jarang dilakukan,mungkin sedikit pelik bagi sesetengah orang dan mungkin juga tidak dipandang kerana lebih banyak variasi hebat daripada yang arif perihal makanan. Satu hal yang pasti pelbagai komen positif dan negatif yang akan diberikan. Bagi saya rasanya biasa sahaja, tiada keistimewaan hanya mencuba sedikit kelainan mengikut citarasa tersendiri. Sekadar memenuhi keinginan dan kemahuan sendiri, tiada niat lain selain itu. Titik.

Sedikit info mengenai sarapan.

💁 Tidak mengambil sarapan merupakan salah satu punca kerosakan otak.
💁 Sarapan mencetuskan permulaan hari yang cergas dan ceria.

Salam pagi dan selamat menikmati sarapan anda!

No comments:

Post a Comment