29 July 2016

Berikan Masa

Bismillah. .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mod Syawal masih membahang walaupun telah hampir ke penghujungnya. Ini berikutan ramai yang mengadakan rumah terbuka bagi mengeratkan silaturrahim dan meraikan bulan kemenangan.

'Berikan Masa'. Tema Aidilfitri tahun ini. Saya sangat menyukainya. Tidak hanya kerana ianya berada di musim perayaan. Setiap masa. Masa Itu Emas. Begitu tinggi nilai yang digambarkan pada 'MASA'.  Benar, tiada apa yang dapat menggantikan masa yang berlalu. Seandainya dimanfaatkan sebaiknya,  jadilah ia satu pengalaman yang baik dan indah. Begitulah sebaliknya.

Di satu masa di hadapan, kita pasti akan terkenangkan masa yang telah berlalu. Samaada ianya manis mahupun pahit, tetap terakam dalam ingatan. Tiada siapa yang mahu sebuah pengalaman atau detik pahit dan buruk.  Pasti semua inginkan pengalaman yang indah dan manis sahaja untuk dikenang. Namun di sebalik kisah yang hitam itu pasti ada satu kebaikan untuk diingati buat panduan di masa hadapan. Jika bukan untuk diri sendiri,pasti untuk seseorang.

Perasaan adalah yang paling berkait rapat dengan masa yang digunakan untuk terciptanya sesebuah detik pengalaman itu. Waktu sukar dan susah menyebabkan kesedihan dan waktu senang dan bahagia mencetuskan kegembiraan. Pasangan perkataan susah dan senang, baik dan buruk, duka dan gembira ini adalah isi di dalam sesebuah detik.

Kadangkala sebagaimana hebat pun kita merancang detik-detik indah pasti akan hadir detik yang kurang disenangi. Walau apa pun, terimalah dengan baik kerana ianya sebahagian daripada warna-warni sebuah kehidupan.

Berikan Masa. Buat semua. Keluarga,sahabat handai, rakan taulan dan jiran tetangga. Demi sebuah ikatan silaturrahim yang menjadi satu detik untuk dikenang di dunia dan dihisab di akhirat. Istimewanya 'MASA' ini hinggakan Allah S.W.T meletakkan satu surah di dalam Al-Qur'an iaitu Surah Al-Asr (Demi Masa).

Oleh itu marilah kita mencipta detik indah dan bermanfaat untuk kebaikan seluruh alam serta muhasabah diri dalam setiap detik hitam yang dilalui.
Wallahua'lam.

Salam Syawal dan Selamat Menjamu Selera di rumah terbuka!

No comments:

Post a Comment