06 August 2016

Asli Yang Diubah

Bismillah. .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. .

Arus kemodenan alaf ini sangat pesat. Majoriti perubahan dilakukan pada keadaan atau asal sesuatu. Daripada bangunan, pakaian, makanan dan cara hidup, kebanyakannya diubah.

Tujuannya untuk mengikut peredaran masa mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

Namun tak semuanya dapat diterima oleh semua golongan. Masih ada yang berpegang,mengamalkan serta memelihara keaslian dan asal sesuatu itu. Antara sebabnya ialah tidak merasakan kesesuaian atau rasa cinta yang kuat padanya.

Walau apa pun, dari segi pegangan agama buat kita yang beragama Islam, sunnah Rasulullah S.A.W adalah yang terbaik dan sesuai sepanjang zaman untuk diamalkan. Pahala pun dapat.

Berbalik pada perubahan sesuatu asal itu, walau bagaimana pun perubahannya yang asal jangan dilupakan. 

No comments:

Post a Comment