08 August 2016

Menegur Jangan Sampai Menghina

Bismillah. ..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. .

Terdapat pelbagai jenis dan ragam manusia dari pelbagai aspek seperti pegangan agama, budaya, cara hidup, pemikiran, hobi dan kegemaran.

Tamadun kemanusiaan yang tinggi adalah keupayaan kita meraikan dan menghormati antara satu sama lain.

Walaupun berada dalam kalangan golongan bangsawan, cendekiawan dan hartawan tidak bermakna kita adalah lebih mulia dari yang lain.

Akhlak terpuji merupakan tunjang hidup bermasyarakat. 

Rasulullah S.A.W merupakan contoh terbaik, tidak pernah merendahkan dan menghina walaupun sesuatu perkara itu tidak mendatangkan apa - apa manfaat ataupun kebaikan bagi baginda. Beliau hanya diam dan meninggalkannya sahaja. Andai perlu ditegur, Rasulullah  S.A.W akan menegur dengan lemah lembut dan berhemah. 

Semoga kita sentiasa ditegur Allah S.W.T untuk memperbaiki diri.

No comments:

Post a Comment