01 August 2016

Cinta Sang Lelaki

Bismillah. .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. ..

Keheningan malam membuatkan jiwa ingin melontar emosi di sini. Luahan rasa dalam hati.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas nikmat cinta,kasih dan sayang suami dan anak-anak. Begitu juga dari keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Rasa bahagia dengan perasaan itu yang sentiasa membungakan senyum di bibir.

Lelaki dan perempuan menzahirkan perasaan dengan cara yang berbeza. Secara fitrahnya perempuan menzahirkan dengan kelembutan belaian dan kata-kata  manakala lelaki dengan sikap melindungi dan mengambil berat. Senyuman manis dan ayat berbunga membuai perasaan merupakan kemuncak luahan cinta sang pria. Umpama berada di syurga pada yang dicintainya.

Namun, cinta hakiki tentulah cinta pada Yang Maha Agung. Hanya dengan cinta Nya kita akan merasai nikmat cinta yang sebenar.  Dengan cinta Nya kita akan mendapat cinta hamba-hamba Nya yang bersulam penghormatan dan keimanan.

Semoga Allah merahmati ku yang sedang berjihad mengasuh dan mendidik pria muda  amanah dari Allah ini untuk mencintai, berkasih-sayang dan menghormati sesama makhluk kerana Nya.      

Aameen ya rabbal alamin. .

No comments:

Post a Comment