31 July 2016

Rencah Hidup

Bismillah. .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. .

Kehangatan Syawal masih terasa di hujung minggu sebegini. Majlis rumah terbuka masih berlangsung di sana sini. Malah ada yang mengambil peluang mengadakan majlis-majlis lain seperti perkahwinan,hari jadi aqiqah dan sebagainya. Semuanya demi sebuah kegembiraan dan keceriaan.  Inilah warna warni kehidupan.

Diibaratkan seperti bahan masakan, pelbagai bentuk,warna dan rasa. Campuran yang tepat akan menghasilkan hidangan yang enak dan hebat.

Begitulah juga kehidupan, setiap orang mempunyai karakter dan nilai hidup tersendiri namun apabila bertemu dan tergabung ukhuwah akan terbina satu komuniti yang berfungsi. Kesannya akan melahirkan generasi yang berkualiti dan cemerlang.

Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T dengan bakti dan sumbangan kita. 

No comments:

Post a Comment